Andai Waktu Diputar Kembali
TAJUK : ANDAI WAKTU DIPUTAR KEMBALI ‘Kringg’!!.Jam loceng mengejutkan Arul dari tidur yang lena. Dalam keadaan Arul masih mamai dia mencari punat bagi mematikan jam loceng tersebut dan lantas terkejut apabila melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.Dia terus bergegas ke bilik air kerana dia sudah terlambat menghadiri mesyuarat di Universiti Pertahanan Malaysia.Hal ini adalah kerana Arul telah datang lewat untuk kali pertama walhal dia adalah seorang yang menepati masa.Beginilah rutin hidup pemilik nama Mohd Syahrul bin Dato’Hamzah yang lebih dikenali sebagai Arul oleh kenalan rapatnya.Kisah hitam yang telah berlaku pada 18 tahun yang lalu telah meninggalkan kesan hitam dalam dirinya.Walakin begitu,peristiwa itu telah memberikan pengajaran buat dirinya dan mempercayai bahawa kasih sayang itu penting dalam diri seseorang manusia. Tanggal 21 Jun telah menyingkap episod hitam dalam hidupnya.Peristiwa itu bagai mimpi ngeri yang sering menghantui dirinya.Akibat tidak me...