Andai Waktu Diputar Kembali
TAJUK : ANDAI WAKTU DIPUTAR KEMBALI
‘Kringg’!!.Jam
loceng mengejutkan Arul dari tidur yang lena. Dalam keadaan Arul masih mamai dia mencari punat bagi mematikan
jam loceng tersebut dan lantas terkejut apabila melihat jam menunjukkan pukul
7.30 pagi.Dia terus bergegas ke bilik air kerana dia sudah terlambat menghadiri
mesyuarat di Universiti Pertahanan Malaysia.Hal ini adalah kerana Arul telah
datang lewat untuk kali pertama walhal dia adalah seorang yang menepati masa.Beginilah rutin
hidup pemilik nama Mohd Syahrul bin Dato’Hamzah yang lebih dikenali
sebagai Arul oleh kenalan rapatnya.Kisah hitam yang telah berlaku pada 18 tahun
yang lalu telah meninggalkan kesan hitam dalam dirinya.Walakin begitu,peristiwa
itu telah memberikan pengajaran buat dirinya dan mempercayai bahawa kasih sayang
itu penting dalam diri seseorang manusia.
Tanggal
21 Jun telah menyingkap episod hitam dalam hidupnya.Peristiwa itu bagai mimpi
ngeri yang sering menghantui dirinya.Akibat tidak mendapat kasih sayang yang
mencukupi seperti kawan-kawannya yang lain,dia mula terjebak dalam sindiket
yang berbahaya seperti dadah,mencuri bahkan membunuh.Segalanya bermula apabila
Arul mula lari dari rumah ketika usianya menjejak 15 tahun.Semuanya gara-gara
ayahnya mamarahi Arul akibat dia pulang
lewat ke rumah ketika jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.Arul mula membiarkan
dirinya terbang menbawa diri ke awang-awangan apabila mengingatkan dia kepada
peristiwa 18 tahun yang lalu.
Kisahnya
bermula ketika arul baru pulang dari rumah dalam keadaan mabuk.
“Hoi,baru nak balik?Cuba kau tengok jam kat dinding tu dah pukul berapa?Kau nak kena marah dengan bapak kau lagi ke?”,sergah ibunya.
Arul
hanya berlalu begitu sahaja dan tidak mengendahkan leteran ibunya.Arul juga
hanya menjeling ibunya dan melemparkan
senyuman sinis kepadanya.Ibu Arul hanya mengeluh.Hubungan Arul dengan
keluarganya tidaklah begitu kukuh seperti keluarga sakinah,terutama bapanya
yang hanya mementingkan kerjaya.Sejak kecil lagi Arul sudah biasa hidup
bersendirian.Arul juga sering meluangkan masa lapangnya dengan rakan-rakan yang
nakal.Dia mengisi masa lapangnya dengan bermain di kafe siber dan sering
ponteng sekolah.Itulah perkara yang selalu dilakukan Arul ketika berada di
sekolah menengah.Ibu bapanya sering dipangil oleh pihak sekolah kerana sikapnya
lebih-lebih lagi dia adalah seorang anak Dato’.Seperti biasa Arul akan dirotan
dan dimarahi oleh bapanya.Hal ini membuatkan perasaan bencinya terhadap bapanya
semakin meluap-luap.
Sejak
hari itu, Arul mula bertekad untuk melarikan diri dari rumah. Setelah Arul lari
dari rumah,Arul mula berjinak melakukan perbuatan jenayah seperti
mencuri,merompak dan sebagainya.Arul mula menjebakkan diri dalam kancah jenayah
apabila berkenalan dengan sebuah kumpulan mafia yang terkenal dengan
kejahatannya.Ketika itu dia hanyalah seorang remaja yang memerlukan perhatian
dan dia menerima tawaran manjadi mafia apabila dicabar oleh salah seorang
anggota mafia tersebut,
“Kau
anak Dato’ Hamzah yang terkenal tu kan?”,Tanya salah seorang anggota mafia
tersebut.
Arul
mengangguk tanda setuju.
“Fuyoo,anak
orang kaya datang tempat kita la,apasal kau kacau ‘port’ kitorang?Nak mati
cepat ke?”,marahnya.
Arul
terasa tercabar mendengar perkataan itu dan dia mula membelasah orang tersebut.
Tiba-tiba
ketua kumpulan itu datang dan meredakan perbalahan tersebut.Dia mengambil Arul
sebagai salah seorang anggota tersebut kerana sikapnya yang panas baran serta
dia pandai berlawan kerana bapanya telah menghantar Arul ke kelas
mempertahankan diri sejak dia kecil lagi.Semenjak itu Arul telah dilatih oleh
orang itu cara-cara berlawan dengan orang.Situasi tempat itu sangat seram
dan ramai penjenayah yang diambil kerja
dilatih di situ.Tempat itu agak tersorok dan pelatih juga terdiri daripada kaum
peremuan dan lelaki.Di situlah Arul dilatih menjadi penjenayah sehingga
mendapat nama jolokan pembunuh upahan yang hebat.Pelbagai cabaran yang
ditempuhi untuk menjadi pembunuh upahan yang hebat antaranya menembak dengan
cara menyerong.Setelah 2 tahun tahun dilatih Arul mula menjalankan aktivitinya
dan menjadi ketua sebuah anggota kumpulan.
Kumpulan
Arul diletakkan di Amerika.Di Amerika kumpulan Arul merupakan kumpulan yang
paling terkuat.Ramai orang gerun dengan kumpulan tersebut.Kumpulan itu dianggap
sebagai’The Joker’.Setelah tugas di Amerika telah selesai,kumpulan Arul disuruh
pulang ke Malaysia.Kumpulan itu juga disanjungi di Malaysia kerana kehebatannya.Seperti
seorang insan biasa juga,Arul teringin untuk berkahwin seperti orang lain,tetapi
hasrat itu terpaksa dipendamkan dek kerana tugasnya sebagai seorang penjenayah
dan sentiasa diekori polis.
Seperti
biasa pada hari itu,kumpulan Arul merancang untuk merompak sebuah bank.Mereka
pergi ke sana dengan perancangan yang rapi.Setelah sampai di sana mereka
bergegas ke tempat yang yang telah dirancang oleh mereka.Mereka akan merompak
sebuah bank yang sangat terkenal yang terletak di KualaLumpur.Setelah bersiap
sedia Arul pun memberikan kepada anak buahnya supaya bergerak.Mereka berjaya
menyuruh orang yang berada di situ agar tunduk kepada mereka.”Berhenti”.Arul tersentak
mendengar jeritan itu.Rupa-rupanya kawasan itu telah dikepung oleh pihak polis
yang diketuai oleh musuhnya sendiri ketika zaman sekolah rendahnya.Dialah
Rafi.Arul sangat benci kepadanya kerana dia sering menjadi musuh dalam selimut
jika Arul dan rakan-rakannya hendak melakukan kejahatan.Rafi sering melaporkan
kejahatan Arul kepada guru disiplin dan sebagai balasannya Arul akan dirotan
ketika perhimpunan rasmi diadakan.Perasaan malu bercampur dendam disimpan
sehingga kini.
“Arul,baik
kau serah diri je,kawasan ni dah dikepung”,kata Rafi.
“Kau
ingat aku senang-senang je nak serahkan diri aku kat kau. Setelah apa yang kau
dah buat kat aku,kau ingat aku nak lupakan semua benda tu dengan mudah?”,balas
Arul.
“Kisah
lama janganlah diungkit, lagipun aku hanya menjalankan tanggungjawab aku. Aku
nak kau insaf,kau dah banyak lakukan kesalahan.”,katanya.
Arul
marah dengan kata-kati Rafi.Degan sekelip mata sahaja, Arul mengarahkan anak
buahnya melepaskan tembakan.Ramai orang bertempiaran lari.Dalam keadaaan huru
hara itu,mereka mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.Akhirnya,kumpulan Arul
dapat melepaskan diri dari cengkaman pihak polis tetapi ada beberapa ahli yang
tercedera akibat terkena peluru polis
ketika kekecehon itu berlaku.
Sesampainya
di ‘port’ tempat anak buah Arul berkumpul,Arul berasa marah yang amat sangat
kepada sekutunya itu.Perasaan dendam yang tersimpan dalam hati Arul sangat
membara.Bukan itu sahaja,banyak lagi sebab mengapa Arul berasa benci terhadap
Rafi.Rafi juga pernah merampas kekasih hatinya ketika zaman persekolahan dulu.Kenangan
itu menggamit semula kisah silam yang berlaku lebih 7 tahun yang lalu.
“Sayang,jom
keluar hari ni.Ada cerita baru keluar kat panggung hari ni.”kata Arul manja.
“Malasla
sayang,hari ni banyak kerja rumah kena buat,cikgu kasi banyak kerja tadi,”pinta
Aireen
“Ala,you
ni macam tak biasa pulak tak siapkan kerja sekolah,”bukan macam tu tapi tahun
ni kan nak PMR, I takut kalau tak dapat
keputusan yang baik nanti I takdapat lanjutkan pelajaran I kat U nanti.I takut
nanti mak bapak I malu sebab I tak dapat belajar tinggi-tinggi.lagipun I’m the
only daughter in my family.Lagipun dua orang abang I tu berjaya.I nak ikut
jejak diorang”,jelas Aireen panjang.
“Ish
menyampah betul dengan perempuan ni. Asal ajak keluar je macam-macam alasan dia
kasi,banyak kerjala,atuk sakitlah,study groupla.Awak ni sebenarnya dah ada
lelaki lain ke yang dah bertakhta kat dalam hati awk tu?”,soal Arul.
“Ish
mana ada.Hati saya untuk awak sorang je tau”,Aireen menyangkal presepsi Arul.
“Eh
awak tak nak balik rumah ke?Dah nak masuk Maghrib dah ni”,soal Aireen.
”Nak
balik la ni,yang awak ni macam nak halau saya kenapa?Dah tak suka saya ke?”,kata
Arul.
“Ish
mana ada,berapa kali saya nak cakap hati saya untuk awak sorang je”,pujuk
Aireen.
“Dah,tak
payah nak bermanja sangat dengan saya.Geli tau tak”,Arul tertawa kecil.
Selepas
itu arul pun pulang ke rumah.
Jam
menunjukkan jam 11:45 malam ketika Arul pulang ke rumah.Arul dikejutkan dengan
suara bapanya yang menunggunya sejak petang tadi.
“Ingatkan
dah tak ingat nak balik rumah dah.Kau pergi mana sampai balik lewat malam ni?”,bapanya
memarahi Arul.
“Yang
papa ni nak sibuk hal saya kenapa?Sejak bila pulak bapak ambil berat pasal
saya?Setahu saya Papa hanya ambik berat pasal kerja,duit.Papa tak pernah pun
fikir pasal anak tunggal ‘family’ ni”,Arul meninggikan suaranya terhadap
bapanya.
“Kurang
ajar punya anak”,setapak tangan hinggap ke pipi Arul.
Arul
hanya menjeling bapanya lalu dia lari masuk ke dalam bilik sambil mulutnya
terkumat-kamit memarahi bapanya.Ibunya yang sedar akan kekecohan di ruang tamu
bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
Datin
Salmah pergi ke bilik arul untuk memujuknya. Sejak dari dulu lagi orang yang
hanya mengambil berat tentang Arul hanyalah ibunya iaitu Puan Salmah.Walaupun
begitu,akibat dendam yang tidak terperi terhadap bapanya,Arul juga membenci
ibunya sebagaiman dia membenci bapanya.
“Kenapa
arul?Arul balik rumah lambat lagi ke?Kan mama dah pesan balik rumah awal.Nanti
papa tak marah lagi,nanti Arul teruk kena pukul dengan papa.Kan Arul tahu papa
Arul tu baran orangnya,” Puan Salmah cuba untuk memujuknya.
“Mama,Arul
nak tanya sesuatu boleh tak?”,soal Arul.
“Apa
dia?”
“Kenapa
Arul lahir dekat dunia ni kalau Arul jadi tempat papa lepaskan baran dia.Dahla
balik selalu mabuk,mama pun satu dah tau benda ni nak jadi kenapa lahirkan Arul
kat dunia ni?”,kata Arul.
Ibunya
hanya membatukan diri apabila mendengar soalan Arul.Dia tidak mempunyai jawapan
untuk soalan tersebut.Dia hanya tahu bapanya telah menjodohkan dia dengan
lelaki tersebut.Dia hanya bersetuju kerana bapanya merupakan kenalan rapat bapa
arul iaitu datuk Arul.Selain itu juga,orang zaman dahulu juga hanya mengikut
kata orang tuanya.Mamanya hanya memujuk Arul dan dia tidak mahu anak tunggalnya
itu mengikut jejak langkah bapanya.Dia mahu anaknya menjadi orang yang berjaya
di dunia dan di akhirat.
Pada
keesokan harinya,Arul keluar untuk pergi ke rumah kekasihnya,Aireen.Sesampainya
dia di sana,dia menekan loceng rumah tersebut dan tiada jawapan.Tiba-tiba jiran
rumah kekasihnya menegur Arul.
“’Family’
dia dah keluar,katanya pergi bercuti kat Pulau Pangkor .
“Oh
yeke.Baru saya tahu,thanks for the information.
“Sama-sama”,balas
jiran itu.
Arul
menelefon rakan karibnya untuk bertemu dengan mereka.
“Hello
kawan,jom keluar,bosanlah hari ni”.
“Aku
ok je.Lagipun aku ada berita panas nak bagitau dekat kau ni.”
“Ok
la kalau macam tu.Aku tunggu kaudekat tempat biasa,”Arul menghabiskan ayatnya.
Sesampainya
dia di tempat tersebut dia terus duduk di tempat kosong dan memesan minuman.Dia
menanti kawannya sambil mendengar muzik dari telefon bimbitnya.Setelah 10 minit
berlalu,baru rakannya tiba.
“Lama
tak jumpa kau,Fikri.Rindu aku dibuatnya,”kata Arul.
“Kau
tak payah nak buat ayat geli-geliman kat aku.”
“sorilah
bro.Kau kata kau ada berita ‘hot’ nak bagitau aku,apa dia?”arul bertanya kepada
Fikri.
“Ha
ni yang aku nak cakap ni.Kau kenalkan budak yang jadi ketua pengawas tu?”
“Kenal,knape?”
“Kau
tau tak yang budak tu sekarang tengah potong ‘line’ kau.Dia nak mengorat budak
Aireen.Aku ada dengar yang keluarga diorang ni ajak keluarga budak Aireen pergi
bercuti dekat Pulau Pangkor.”
“What!Kau
nak tahu tak yang tadi aku pergi rumah dia lepas tu jiran dia cakap dia pergi
bercuti kat Pulau Pangkor.”kata Arul dalam nada terkejut.
“Maybe
dia cuti dengan keluarga budak Rafi tu agaknya.”
Setelah
mendengar berita yang telah disampaikan oleh rakannya itu,Arul segera meninggalkan
restoran tersebut.
“Hoi,siapa
nak bayar ni?”,jerit Fikri.
Arul
segera berpatah balik dan menyerahkan not 50 kepada Fitri dan menunggang
motornya dalam keadaan marah.
“Sampai
hati kau buat aku cam ni Aireen, banyak alasan kau kasi kat aku supaya tak keluar
dengan aku,rupa-rupanya kau ada jantan lain dalam hidup kau,”bisik hati Arul.
Sesampainya
di rumah Arul terus lari masuk ke dalam bilik dan cuba untuk menelefon kekasih
hatinya.Malangnya panggilan tidak diangkat.Hatinya bagaikan luluh apabila mengetahui bahawa kakasihnya
hatinya telah diculik orang.Arul sangat sedih dengan sikap teman wanitanya.Sejak
peristiwa itu diajarang hadir ke sekolah dan sering menghabiskan masa melepak
bersama rakannya.dia juga telah mewlarikan diri dari rumah kerana tidak tahan
dengan leteran papanya.Pada suatu hari dia dikejutkan dengan berita kematian
Aireen.Aireen dilaporkan mati akibat membunuh diri.Walaupun sedih atas
pemergian kekasihnya dia redha jika tidak dapat memiliki Aireen kerana dia
bukan miliknya lagi.Seminggu selepas itu juga Arul dikejutkan dengan kematian
kedua orang tuanya.Mamanya meninggal dunia akibat terlalu rindu akan Arul dan
bapanya pula meninggal akibat serangan jantung.Arul diibaratkan seperti jatuh
ditimpa tangga kerana kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.
Lamunannya
tehenti apabila ditegur oleh salah seorang ahli kumpulannya.
“Bos
macam mana ni,banyak budak cedera,bos.Ni semua mesti pasal serbuan tadi
tu.Nasib baik tak ada orang yang kena tangkap.”kata anak buahnya.
Dengan
nada marah arul berkata,“ni mesti si keparat tu punya pasal la.Kau tunggulah.Satu
hari nanti aku akan bunuh kau.”.Selepas itu Arul membuat perancangan lagi
sekali untuk membunuh Rafi di samping merompak sebuah bank lagi.Setelah membuat
persediaan yang rapi dari semua segi termasuk senjata,Arul dan anak buahnya
bakal melancarkan rancangan mereka esok.
Apabila
esok tiba,mereka menjalankan rancangan seperti yang dirancang.Mereka
memberitahu pihak polis dan memberitahu rancangan mereka supaya pihak polis
datang ke tempat mereka.Seterusnya mereka pun bertolak ke tempat yang dirancang
dan mereka bergerak ke tempat yang diarahkan.Mereka memulakan rompakan dahulu
dan menghantar barang tersebut balik ke tempat mereka berkumpul.Setelah 15
minit mereka menyiapkan tugasan mereka,tinggallah Arul dan beberapa orang anak
buahnya.Pasukan polis pun tiba.Anak buah Arul melepaskan satu tembakan rambang
untuk menakutkan pengunjung bank .Selepas itu mereka pun keluar dan Arul menjadikan
salah satu pengunjung bank tersebut sebagai tebusan.Rafi yang mengetuai operasi
tersebut memujuk Arul untuk melepaskan tebusan tersebut.Arul tidah mahu
mengalah dengan pujukan Rafi.
Setelah
10 minit berunding,pihak polis pun terpaksa menggunakan kekerasan.Arul hanya
tersenyum kerana rancangannya berjaya kerana dalam diam anak buahnya telah
meletakkan beberapa buah bom berdekatan dengan kenderaan pihak polis.Pihak
polis mula melepaskan tembakan.Apabila polis mula melepaskan tembakan gas yang
disebarkan telah meletupkan bom tersebut.Letupan yang kuat pun berlaku.Arul dan
anak buahnya sempat lari ke kawasan yang selamat.Mereka melihat kejadian
tersebut dengan hati yang gembira.
Setelah
letupan habis,mereka keluar dari tempat persembunyian mereka.Mereka melihat
banyak mayat pihak polis bergelimpangan.Tiba-tiba Arul mendengar suara seseorang memanggilnya.
“Arul!Arul,”suara
orang itu sayup-sayup kedengaran.Arul mencari suara itu dan ternyata suara itu
adalah suara Rafi.Mula-mula dia tidak mengendahlan panggilan itu tetapi hati
dan kakinya bagaikan ditarik untuk pergi ke situ.Arul pun pergi menjumpai Rafi.
“Arul,
aku nak minta maaf dekat kau pasal semua benda yang aku dah buat pada kau
dulu.Aku harap kau dapat maafkan aku.”
Arul
tidak memandanganya lalu mengatakan padanya,
“Lepas
kau dah rampas kekasih aku dulu,kau ada hati nak cakap dengan aku
lagi.Tolonglah!Eh, kalau bukan sebab kawan aku si Fikri tu aku mesti tak tahu
apa yang kau dah buat dengan kekasih aku tu.”
“Fikri?Kawan
kau ke tu.Kau nak tahu sesuatu tak?”
“Apa
lagi kau nak beritahu aku?Dah nak mati pun nak macam-macam lagi.”
Dengan
menahan kesakitan yang tidak terperi,Rafi pun berkata,
“Kau
tahu tak kawan rapat yang kau percaya itu lah yang dah mencabul kehormatan
Aireen.
Arul
terkejut mendengar kata yang dikeluarkan oleh musuhnya itu.
“What!Apa
yang kau cakap ni?Takkan la kawan aku tu nak jadi musuh dalam selimut.Wei,dia
tu tak macam kau la.Kalau bukan pasal kau,Aireen tak mati tahu tak.”
“Mesti
dia pernah cakap dekat kau yang aku dengan ‘family’ Aireen pergi bercuti kat
Pulau Pangkor sebab aku nak potong jalan kau kan.Kau nak tahu,sebenarnya Aireen
dirogol tepat ‘after’ kau balik rumah engkau malam tu.Fikri telefon cakap nak datang
rumah Aireen untuk siapkan kerja khusus,lepas tu dia minta izin ‘family’Aireen
nak keluar dengan Aireen.Keluarga dia pun setuju tapi sebaliknya pula yang
berlaku.Lepas keluar rumah diorang berhenti dekat satu tempat sunyi dan Fikri
terus rogol dia.Bukan itu je,dia tinggalkan Aireen sorang-sorang kat tempat
tu.”
“Betul
ke apa yang kau cakap ni?”Arul terus mengeluarkan air mata tanpa disedari.
“Aireen
nak jelaskan pada kau tapi dia tau kau takkan percaya.Lagipun kau pun dah lama
tak datang sekolah .So dia anggap diri dia bersalah sangat dan dia ambil jalan singkat,dia pun bunuh
diri.”
“Macamana
kau boleh tau semua ni?”
“Sebenarnya
buat pengetahuan kau,aku dengan Aireen adik beradik lain bapa.Aku buat semua tu
sebab aku sayang sangat dekat Aireen sebab dia satu-satunya adik aku.”Rafi menitiskan air mata apabila
bercakap tentang adiknya itu.
Arul
membatu dan kelu serta tidak berkata sepatahpun malah tidak boleh bergerak.
“Aireen
juga selalu menyuruh aku agar melaporkan kejahatan kau dekat cikgu supaya satu
hari nati kau boleh sedar akan kesilapan kau.
“Ya
Allah,apa yang aku dah buat ni,”Arul menangis kerana nasi telah menjadi bubur.
Akhirnya,Rafi
menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Arul.Roh arul dapat pergi dengan
aman kerana telah menjelaskan
segala-galanya kepada Arul tentang Aireen.Setelah itu Arul pun pergi
meninggalkan tempat itu.
Dia
rasa sangat menyesal akan sikapnya itu kerana mempercayakan kawannya
itu.Kawannya itulah yang telah menjadi duri dalam daging percintaan dia dan
Aireen hingga menyebabkan Aireen membunuh diri.Untuk membalas dendam Arul sekali
lagi mengatur langkah untuk membunuh rakannya.Rakannya itu dibunuh di sebuah kelab
malam oleh anak buahnya.Hati Arul berasa lega kerana dapat memberikan roh
Aireen pergi dengan tenteram.Setelah itu dia bertekad untuk menyerahkan diri
kepada pihak polis.Dia dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun kerana kesalahan
yang dilakukan selama ini.Setelah hari itu,dia bertekad untuk mengubah dirinya
ke arah yang lebih baik.
“Tuan!Tuan!”,kata-kata
itu telah mengejutkan dia dari lamunannya itu.
“Ya,kamu
nak apa.?
“Ni
ha,saya nak hantar kerja khusus yang tuan bagi kat saya haru tu.apa yang tuan
termenung jauh tadi tu?”tanya pelajarnya.
“Takde
apa-apa.Cuma teringat kenangan lama.”
“Oh,ingatkan
rindu anak bini.Opss!Lupa pula tuan belum kahwin.
“Ish,kamu
ni.Dah,pergi keluar buat kerja lain.”kata Arul bergurau.
Di
satu sudut lain,dia melihat gambar orang yang menjadi pengubat ketika dalam
kesusahan iaitu Rafi,Aireen,Dato’ Hamzah dan Datin Salmah.Dia sentiasa mendoakan
agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman walaupun dulu dia
telah membenci ibu dan ayahnya dan dia jugalah yang menyebabkan kematian
mereka.Arul sentiasa berdoa agar Allah memaafkan dosa-dosanya yang lalu.Arul
bersyukur kerana dia telah diberikan hidayah untuk menuju ka jalan yang benar.Ketika
dalam perjalanan keluar dalam bilik,dia dapat mendengar sesorang mengatakan
kamu telah membanggakan kami.Arul menoleh dan dia hanya tersenyum lalu dia pun
pergi menjalankan tugasnya sebagai Dekan Universiti Pertahanan Malaysia.
-TAMAT-

Comments
Post a Comment